Tuesday, November 25, 2014

SUAMI JARANG BALIK RUMAH, ISTERI DIHENJUT JANTAN LAIN


Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua hari di hospital akibat cederah dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit di kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cederah di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan jabi yang terletak beberapa kilometer dari kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu. Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun yang hendak bermain Futsal di sebuah gelangang futsal di kawasan Jertih. Apabila isteri pulang ke rumah, dikatakan terus menghubungi buah hatinya untuk datang ke rumahnya setelah membuat temujanji sebelumnya.

Difahamkan sejam kemudian suami menghubungi isterinya namun tidak dijawab menyebabkan suami risau dan mengesyaki ada sesuatu yang berlaku yang tidak baik, suami terus pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap isterinya.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Produa Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang sedang berasmara. Suami berkenaan terus masuk ke dalam rumah bersama beberapa penduduk kampung menyebabkan berlakunya pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguatkuasa syariah pejabat agama daerah sebelum kedua pasangan itu diserahkan kepada balai polis.

0 comments:

Post a Comment