Tuesday, November 18, 2014

Komen Pengguna Facebook Mengenai Isteri Eizlan Yusof Paling Mengejutkan


Komen Pengguna Facebook Mengenai Isteri Eizlan Yusof Paling Mengejutkan | Pelakon terkenal, Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Santie Harun kini dalam proses penceraian selepas Vie Santie Harun telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

“Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini yang sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan Yusof selaku defendan tidak diwakili peguam. Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan bagi menyambung semula perbicaraan.

Susulan tindakan Vie Santie Harun menfailkan permohonan lafaz cerai hari ini, ia terus mendapat respon dari orang ramai di laman sosial Facebook.

Antara respon yang paling mengejutkan kami ialah komen seorang wanita yang dirahsiakan identitinya mengenai kelakuan isteri Eizlan Yusof itu. Namun, sejauh mana kesahihan dakwaan wanita terbabit tidak dapat dipastikan lagi.


0 comments:

Post a Comment