Ini adalah silap mata yang paling ngeri dan paling terkenal di seluruh dunia. Sukar dipercayai David Cooperfield yang sudah terpotong dua di belah oleh mata gergaji besar masih lagi boleh hidup, dan bergerak-gerak. Ketika itu semua orang mengatakan beliau mengunakan Jin.
INILAH VIDEO RAHSIA DAVID COOPERFIELD YANG DIBONGKAR !
Ditambah pula dengan cerita-cerita tentang keanehan David Copperfield semasa berada di Kuala Lumpur, untuk persembahan magiknya. Ada yang bercerita, bahawa David memesan beratus atau beribu telur ayam untuk dihantar ke bilik hotelnya. Kononnya untuk memberi makan jin-jinnya.
Mungkin ramai yang menuduh David membela jin kerana magik yang selalu dilakukannya sangat luar biasa dan di luar fikiran kita.Namun, seorang ‘magician’ yang melihat dan tahu rahsia ini telah membongkarkan rahsia itu kepada orang awam.
persembahan itu, akan menggunakan idea yang sama ataupun, mengolah magik itu menjadi persembahan yang mungkin sedikit berbeza tetapi dengan konsep yang sama.
Antara magik yang dilakukan oleh David Copperfield yang dianggap lagenda:-
1) Menghilangkan ‘Statue of Liberty’2) Berjalan menembusi Tembok Besar Cina3) Menghilangkan sebuah keretapi4) Menghilangkan sebuah kapal terbang5) David Cooperfield boleh Terbang6) Terapung di atas Grand Canyon7) Di belah dengan mata gergaji besar
Menurut salah seorang ‘magician’ yang saya kenali, para ‘magician’ yang membuat magik di mana-mana negara, akan membuat ‘research’ dan ‘study’ tentang masyarakat negara itu. Misalnya di Malaysia, mereka tahu bahawa masyarakat Malaysia seringkali percaya perkara-perkara spiritual, maka mereka akan buat magik yang menunjukkan seolah-olah mereka ini ada membela jin.
Ia tidak lain dan tidak bukan, hanya sekadar nak main-main agar orang takut. Mungkin juga untuk reputasi. Itu lah juga yang mungkin telah dilakukan oleh David, di mana beliau memesan beratus telur ayam ke biliknya. Mungkin beliau tahu bahawa pekerja hotel itu akan bercerita kepada rakan-rakannya dan sudah pasti akan tersebar berita itu. Kemungkinan itu dilakukan untuk menaikkan lagi namanya.
David Copperfield
kepada anda yang masih menyangka bahawa silap mata ini menggunakan makhluk halus, sila ubah sangkaan anda itu kerana silap mata hanyalah illusi dan hiburan, tak lebih daripada itu.
https://www.youtube.com/watch?v=e5bhx58s9Gs
ReplyDeletecoba liat bagian bawah mejanya
ya la .. bawah mejanya kosong. tak sama dengan yang demo tu.
ReplyDeleteThe video is not available. Inilah rahsianya. Tak bagi orang tengok.
ReplyDeletebeda banget meja david kosong
ReplyDeleteah... bukan menemukan rahasia, tp membuat sulap tandingan itu mah... kaya yg lagi musim di Ina
ReplyDelete