Tidak sampai sebulan pelakon serta pengacara, Dynas Mokhtar mendedahkan mengenai status dirinya yang sudah kembali solo sejak 25 Februari lalu, timbul pula satu khabar angin kononnya pendedahan tersebut dilakukan disebabkan pengacara itu bakal mendirikan rumahtangga.
Berpeluang bertemu dengan gadis tinggi lampai ini ketika majlis perlantikannya sebagai duta untuk rangkaian produk kesihatan, PhytoScience di Garden Theatre, The Garden Mall pada Khamis digunakan GUA untuk mendapatkan penjelasan Dynas mengenai kontroversi yang timbul.
“Ye ke? Tak lah, mana ada. Dia (suami) kot. Dia yang nak kahwin kot? Salah satu sebab saya mendedahkan status saya sebelum ini adalah kerana ia tidak adil untuk keluarga suami dan juga diri dia. Macam mana perempuan nak kepada dia jika orang masih ingat yang dia suami saya,” jelas Dynas kepada GUA.
Ketika ditemui, ibu kepada dua cahaya mata ini turut ditebak mengenai status dirinya sekarang sama ada dia masih solo atau pun hatinya kini sudah dimiliki oleh seseorang.
“Of course saya masih single. Saya tidak dating dengan sesiapa. Saya boleh berpacaran dan mahu perkara itu tapi buat masa ini saya masih lagi solo. Selagi tidak ada cincin di jari saya, saya masih single,” ujar Dynas lagi.
Diusik mengenai sejauh mana hubungannya dengan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh memandangkan Dynas beberapa kali memuat naik gambar penuntut jurusan Kejuruteraan Pesawat itu di laman Instagram miliknya, ini jawapan Dynas.
0 comments:
Post a Comment