Seorang pelajar perempuan mengalami saat-saat memalukan apabila seorang guru lelaki bertindak mengheret dan memaksanya untuk masuk ke dalam kolam renang bagi menjalani latihan renang.
Menerusi rakaman telefon bimbit dari rakannya yang berada di tempat kejadian, gadis yang enggan dirinya didedahkan namanya itu dikatakan enggan menjalani latihan renang seperti biasa membuatkan guru berkenaan bertindak menarik kedua tangannya serta cuba menolaknya masuk ke dalam kolam renang tersebut.
“Saya sangat kecawa dengan tindakan dia. Ia buat saya rasa mahu menangis bila saya lihat video saya itu. Saya rasa malu dan marah kerana dia memperlakukan saya sebegitu di hadapan semua pelajar. Dia juga telah sentuh payudara saya,” kata pelajar terbabit.
Menerusi rakaman telefon bimbit durasi 95 saat, mangsa dilihat diheret ke dalam kolam renang oleh guru lelakinya sementara rakan-rakan yang lain cuba menghalang dan membantunya dengan memuat legan dan tangan pelajar itu.
“Kita tidak akan terfikir seorang guru akan melakukan tindakan seperti itu kepada anak kita bila anak kita ke sekolah,” luah ibu pelajar tersebut.
Guru lelaki berkenaan yang dikenali Denny Peterson kini berdepan dengan tindakan tatatertib dan undang-undang membabitkan pelanggaran undang-undang dan mendatangkan kecederaan kepada pelajar.
0 comments:
Post a Comment