Juruteknik bernama Yu An ini tengah asyik menonton filem porno di komputernya. Perkara ini dilakukan Ketika tugasnya memperbaiki skrin gergasi yang dipasang di salah satu bangunan yang ada di stesen Jilin, China.
Demikian seperti dipeti darir Asia One, Selasa (2/7/2013),
Ketika Yu An menonton filem porno berjudul 'The forbidden Legend: Sex and Chopsticks' yang dilarang di China di komputernya, tayangan ini juga terpampang di skrin gergasi. Akibatnya, ratusan warga tempatan berhenti di depan skrin gergasi untuk menyaksikan filem tersebut.
Insiden ini berlangsung selama 10 minit sebelum akhirnya Yu An dihubungi oleh pihak syarikatnya. Dengan segera lelaki itu mematikan sambungan komputer tersebut ke skrin gergasi. Lalu dia melemparkan kepingan filem porno tersebut keluar tingkap.
Meskipun tidak sengaja, namun insiden ini disiasat lebih lanjut oleh polis tempatan. Disebutkan bahawa menurut undang-undang yang berlaku di China, setiap orang yang menyebarkan produk pornografi berupa audiovisual akan diketogerikan sebagai jenayah. JIka terbukti bersalah, pelakunya boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun.
0 comments:
Post a Comment