Friday, November 21, 2014

Ratu Kontroversi Bikin Panas Di Media Sosial


Jika bercerita mengenai dunia hiburan di Indonesia, sudah pasti akan bercakap mengenai artis seorang ini yang boleh digelar sebagai Ratu Kontroversi, Nikita Mirzani. Nikita merupakan antara selebriti yang selalu menjadi perhatian media-media dengan cerita 'panasnya'.

Baru-baru ini, Nikita sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui dirinya adalah seorang biseksual ketika ditemubual detikhot.com.

"Saya mungkin boleh dianggap seorang biseksual. Selain bersama teman lelaki, saya juga suka dengan sesama jenis (perempuan)."

Janda anak satu itu berkata, dia mengalami trauma pada lelaki setelah bercerai dengan suaminya.

Namun yang menjadi persoalannya, apabila media lain yang mahu mendapatkan pengesahannya mengenai pengakuannya itu bagaimanapun tidak mengaku dirinya biseksual.

Sebelum ini, Nikita pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar b00gelnya telah tersebar luas di Internet. Selepas tersebarnya gambar-gambar tersebut, bintang filem "Pokun Roxy" itu telah tampil mengakui bahawa gambar b00gel tersebut adalah dirinya.

0 comments:

Post a Comment