IZARA Aishah Masih menyimpan memori indah bersama, bagi Izara, pemergian teman baiknya sejak hampir dua tahun lalu bukanlah perkara mudah buat dirinya. Sementelah, terlalu banyak kenangan manis bersama sering terbayang di mindanya.
“Ini kali pertama saya kehilangan seseorang dalam hidup saya. Dia maut dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.
“Tidak sangka dia pergi begitu cepat dan setiap kali hari raya tiba, saya sedih bila teringatkan dia.
“Bagi saya, dia antara orang yang paling istimewa dalam hidup saya. Pemergian dia benar-benar memberi kesan dan saya akan ingatkannya sampai bila-bila,” katanya.
Tidak seperti kebanyakan orang yang sibuk membuat persiapan menyambut hari raya, Izara memberitahu, dia dan keluarga sering membuat perkara yang sama pada saat-saat akhir.
“Setiap tahun kami hanya akan buat persiapan pada dua atau tiga hari terakhir Ramadan. Tahun ini, saya dan keluarga telah menetapkan tema pakaian berwarna hitam.
“Seperti biasa kami akan beraya di Johor Bahru bersama keluarga sebelah ibu saya,” katanya.
Duta jenama antarabangsa
Namanya bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Malah, kehebatannya membintangi drama siri tempatan, Vanila Coklat nyata memberi impak yang kuat buat namanya terus gah dalam industri ini.
Bukan hanya berbakat dalam bidang seni, keyakinan dan aura yang turut dimiliki pelakon jelita ini nyata berjaya menarik minat jenama kecantikan antarabangsa, Shiseido memilihnya sebagai duta rangkaian produk Ultimune.
“Saya amat berbesar hati dan bangga kerana terpilih sebagai duta produk ini. Saya dapat tahu bahawa bertahun-tahun penyelidikan telah dijalankan dalam mencipta Shiseido Ultimune dan ia adalah permulaan satu era baru teknologi dalam Shiseido.
“Saya percaya jenama Shiseido ialah jenama bersejarah, inovatif dan sentiasa berkembang dengan rekod yang kukuh dalam bidang penyelidikan serta pembangunan produk kecantikan, saya benar-benar terharu kerana dipilih untuk mewakili produknya.
“Saya teruja dengan kolaborasi ini dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Shiseido,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan duta rangkaian produk Ultimune, baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Izara turut berkongsi pengalaman menggunakan produk tersebut dan mencadangkan supaya setiap wanita mencubanya.
“Sejak menggunakannya dua bulan lalu, saya dapat rasakan perbezaan yang ketara pada kulit saya dan ia tidak ambil masa yang lama untuk menunjukkan hasil yang baik.
“Memandangkan produk ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, saya cadangkan wanita di luar sana turut mencuba kerana hasilnya tidak mengecewakan,” ujarnya.
Amal petua orang lama
Tidak lokek berkongsi tip kecantikan, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Pakistan ini turut memberitahu, penjagaan kulit seharusnya dimulakan sejak usia muda supaya ia kekal sihat.
“Ramai dalam kalangan remaja sekarang tidak mengambil berat mengenai perkara ini kerana percaya kulit mereka masih muda.
“Tapi sebenarnya penjagaan kulit perlu dilakukan sejak usia muda lagi supaya keserian dan kelembapan kulit akan terus berkekalan,” katanya.
Selain menggunakan produk yang bersesuaian, Izara akui turut mengamalkan beberapa petua orang lama untuk penjagaan kecantikannya.
“Setiap hari dua jam sebelum tidur, saya tidak akan minum air kerana ia akan mendatangkan ‘eye bag’.
“Saya juga selalu amalkan penggunaan madu untuk diletakkan pada bibir supaya ia kekal lembap.
"Ini adalah antara petua-petua orang lama yang saya amalkan setiap hari,” ujarnya.

Sumber : Sinar
0 comments:
Post a Comment