Sejak bergelar bapa, semakin berseri-seri wajah pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari.
Di sebalik kegembiraannya di atas kelahiran cahaya mata perempuan pada 22 Julai lalu, Awal turut tidak ketinggalan berbuat kebaikan yang sangat-sangat dituntut oleh mana-mana agama pun.
Walaupun berlainan bangsa dan budaya, Awal tidak segan-silu menumpangkan enam lelaki warganegara Bangladesh yang ditemuinya berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal lalu.
Memang mulia perbuatan Awal yang seharusnya dicontohi oleh semua orang di luar sana.
Memang bertuah enam lelaki yang dapat tumpang kereta Awal, bukan calang-calang orang, selebriti popular tu!
Apa-apa pun ‘thumbs up’ buat Awal!
0 comments:
Post a Comment