Friday, July 25, 2014

Bercinta dengan budak 16 tahun

Manila: Pemuzik terkenal Filipina, Freddie Aguilar semalam mendedahkan buat pertama kali dia melihat teman wanitanya yang berusia 16 tahun, dia serta-merta jatuh cinta dengan remaja itu.
Ikon lagu rakyat Filipina itu berkata, dia menyangka remaja terbabit berusia antara 20 dan 21 tahun kerana susuk tubuh dan penampilannya yang matang. 
Menurutnya, dia tidak sempat untuk bercakap dengan remaja itu tetapi hanya dapat memberikan kad namanya. 
Beberapa hari kemudian, remaja terbabit menghantarnya mesej pesanan ringkas (SMS) dan bermula dari situ hubungan pun terjalin antara mereka.
Foto
FOTO menunjukkan kemesraan yang terjalin antara Aguilar dan kekasih remajanya.

Aguilar berkata, walaupun dia sudah berusia 60 tahun, tetapi hubungan mereka mengikut perkembangan gaya hidup moden kerana masing-masing gemar menghantar SMS.

Sepanjang mereka berkawan, penyanyi itu tidak pernah sekali pun bertanya usia kekasihnya itu.

“Bukan cara saya. Malah perbuatan itu juga dianggap biadab kepada wanita untuk bertanya usianya,” katanya.

Aguilar berkata, dia mendapat ketabahan untuk bertanya kepada remaja itu sama ada sudi untuk menjadi kekasihnya menerusi SMS.

Bagaimanapun remaja itu tidak segera menjawab pertanyaan Aguilar, tetapi selepas beberapa hari berikutnya baru dia bersetuju untuk menjadi kekasih hati penyanyi terbabit.

Selepas mendapat jawapan positif daripada remaja itu baru Aguilar bertanya mengenai usia sebenarnya.

Apabila mendapat tahu usia sebenar kekasihnya itu, Aguilar yang terkejut merasakan hubungan mereka mungkin tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Bagaimanapun, disebabkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap remaja itu, Aguilar memutuskan untuk berbincang dengan ibu bapa kekasihnya bagi mendapatkan restu mereka. 

Katanya, dia bercadang untuk berkahwin dengan kekasihnya itu dua tahun lagi.

0 comments:

Post a Comment