Monday, July 21, 2014

MISTERI : ASAL USUL HANTU KUM KUM


 Ini bukan gambaran sebenar hantu kum kum sebab 
saya pun xtak tahu rupa sebenar hantu kum kum tu..

Ok lah .. Menarik juga diskusi psal Hantu Kum Kum ni. Lain orang lain kenangannya dan bila dikongsi di sini, banyak jugak lah benda yang kita pernah tahu dulu (tapi terlupa) kini segar kembali. 
Tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, nampaknya ada beberapa perbezaan di kalangan para pengulas (err .. macam seminar la pulak). Justeru itu saya telah cuba mencari maklumat tambahan dan saya kira telah menemui fakta yang lebih sahih. Sebagai rumusan ke atas teori tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, di sini saya paparkan info yang dipetik dari wikipedia :
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.
Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.
Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.
Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan “Kum-Kum” sambil mengenakan jibab.
Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1970-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini. Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu.
Begitulah halnya dengan Hantu Kum Kum. Sangat berbeza intipati berbanding langsuir atau puntianak. Kemunculannya adalah dalam bentuk simbolik untuk menggambarkan pendirian sebahagian dari kelompok masyarakat.
‘Kehadiran’ Hantu Kum Kum pada zaman kecil saya dulu apa pun akan tetap menjadi nostalgia, apabila mengingati aksi-aksi sakat menyakat serta ketakutan yang tak pasal-pasal timbul di kalangan budak2,  dan kini ia jadi senyuman bila dikenang …

0 comments:

Post a Comment