Wednesday, August 13, 2014

STEVE JOBS MASIH HIDUP CETUS KONTROVERSI!!



STEVE JOBS MASIH HIDUP CETUS KONTROVERSI!! | CEO Apple Inc Steve Jobs dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2011 selepas dikatakan menghidap penyakit kanser. Bagaimanapun, seorang lelaki dikatakan mengambil gambar 'selfie' bersama Steve Jobs.

Seorang pengguna Reddit, TheHorseSizedDuck telah memuat naik gambar 'selfie' dengan keterangan, "Steve Jobs berada di Rio de Janeiro, masih hidup."

Gambar tersebut telah mencetus kontroversi di Internet yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya sama ada lelaki didalam gambar tersebut adalah benar-benar Steve Jobs.

Namun, setelah disiasat, lelaki berkenaan bukanlah Steve Jobs, tapi Andy Hahn, seorang editor bagi majalah Sport Fishing.

En Hahn sendiri membuat kenyataan bahawa lelaki dalam gambar berkenaan bukan Steve Jobs. Dia berkata dalam satu mesej "Saya bukan Steve, tapi saya memang berada di Rio. Masih Hidup, dammit".

0 comments:

Post a Comment