Sunday, November 30, 2014

Kecoh Di media sosial Wanita ini Kantoi Curi Barang Pengantin


Seorang wanita telah berjaya ditangkap oleh sebuah keluarga pengantin gara-gara menceroboh ke majlis perkahwinan tanpa sebarang undangan mahupun jemputan.

 Kejadian yang berlaku di Jalan Bilal Karim, suspek didakwa telah menceroboh di sebuah majlis perkahwinan yang sedang berlangsung ketika perarakan sedang dijalankan semalam.

Anak keluarga pengantin pada ketika itu mahu mengambil barang dalam sebuah bilik tetapi berkunci. Setelah mengetuk beberapa kali, barulah pintu bilik dibuka dan wanita yang tidak dikenali itu muncul di depan pintu.


Setelah disoal siasat, suspek memberikan alasan menumpang sembahyang di dalam bilik itu. Namun yang peliknya, tiada seorang pun yang mengenali wanita terbabit. Tiada undangan juga yang diberikan kepadanya untuk hadir ke majlis itu.

Suspek dipercayai cuba mencuri barang-barang milik pengantin dan dia turut ditemani oleh seorang lagi rakannya yang telah selamat melarikan diri.

0 comments:

Post a Comment