Friday, August 15, 2014

Indonesia Haramkan Fesyen Jilboobs Yang Kini Jadi Trend Di Indonesia



Nampaknya fesyen tidak pernah lekang dari kontroversi. Terbaru di Indonesia, satu trend yang dipanggil Jilboobs, telah menjadi satu fenomena di negara tersebut.

Perkataan Jilboobs itu dipercayai datang dari dua perkataan iaitu Jilbab dan Boobs yang mencerminkan fesyen bertudung tetapi tidak menutup dada sepenuhnya.

Trend ini begitu mendapat sambutan di Indonesia sehinggakan ada fanpagenya yang tersendiri di laman Facebook. Di laman Twitter pula, ramai wanita telah memuatnaik gambar mereka dengan menggunakan hashtag jilboobs.


Bagaimanapun, penularan fesyen itu memanggil MUI atau Majlis Ulama Indonesia untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Setelah menjalani proses perbincangan, trend Jilbobs itu telah pun difatwakan sebagai haram.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi. Termasuk itu tidak boleh memperlihatkan bentuk-bentuk tubuh, pakai jilbab tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang itu," ujar Wakil Ketua MUI KH Ma'ruf Amin

Di Malaysia pun, walaupun secara tidak langsung, memang ada yang mengenakan trend jilboobs ini. Rasanya mereka yang mengenakan cara pemakaian seperti ini tidak ubah seperti pakai bikini saja.

0 comments:

Post a Comment