Wednesday, August 13, 2014

ARTIS..!! Jaclyn Victor dah kahwin


Pemenang Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor, 36, mengumumkan yang dia sudah berkahwin dengan ahli kumpulan R&B Az Yet yang berasal dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera, 40.
Wanita yang mesra disapa Jac ini mengumumkan mengenai status dirinya di sebuah majlis yang diadakan di Istana Budaya, sebentar tadi.

"Saya dan Shawn telah berkahwin pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat. Majlis tersebut merupakan sebuah majlis yang sangat bersifat peribadi dan dihadiri oleh 35 orang ahli keluarga sahaja," ujar Jac.


Mula berkenalan dengan Shawn pada Januari tahun lalu, Jac pernah berkolaborasi dengan kumpulan Az Yet menerusi sebuah lagu yang berjudul 'Magical Moment' yang diterbitkan oleh KRU.
Jac sebelum ini pernah bertunang dengan Chris Bellamy, seorang jejaka berbangsa Inggeris dari United Kingdom. Bagaimanapun, pertunangan itu terputus setelah 10 tahun menyulam cinta kerana faktor percintaan jarak jauh.


Sumber : Gua.com.my

0 comments:

Post a Comment