Wanita terbabit yang dikenali sebagai Ellen dan bekerja sebagai guru muzik ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
Menurutnya, polis juga sudah mengenal pasti penganjur dari Malaysia iaitu Chew Tok Hwa, 57, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
SUSPEK buruan polis.
"Hasil siasatan mendapati wanita itu adalah bekas guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di negeri ini.
"Kita sedang menjejaki wanita terbabit dan seorang lagi lelaki iaitu penganjur dari Singapura, Albert Yam," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Polis meminta kesemua yang terlibat menyerah diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dapat memaklumkan segera kepada pihak polis.
Sumber : myMetro
0 comments:
Post a Comment