Sunday, August 10, 2014
- In: Info Luar Negara
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
GEMPAK..!! DUA KANAK-KANAK BERSAUDARA DIGELAR KANAK-KANAK TERKUAT DI DUNIA??
Anda pasti teruja kan melihat badan kanak-kanak ini ? Mari kenali mereka.
Kanak-kanak paling bertuah dan gigih ini cukup terkenal dikalangan ahli bina badan. Dua kanak-kanak bersaudara berasal dari Rumania mendapat gelaran kanak-kanak terkuat di dunia. Di usianya yang masih muda, ototnya sudah terbentuk seperti ahli bina badan. Keduanya memilih olahraga yang tak biasa bagi kanak-kanak seusianya iaitu sukan bina badan.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Giuliano (9) dan Claudiu Stroe sudah berlatih angkat berat dengan alat seberat empat kilogram. Mereka melakukan ini secara rutin setiap hari selama dua jam. Demi obsesinya untuk menjadi terkenal, ayah kedua kanak-kanak itu, Julian sampai harus pindah ke Kota Florence, Italia.
“Susah mendapatkan wang di negara kami,” ujarnya. Dari kedua-dua kanak-kanak terkuat ini, ekonomi keluarga Julian sedikit terbantu.
Giuliano dan Claudiu mengikuti pentas akrobatik serta membuat rekod dunia untuk push up 90 kali. Julian dan anak-anaknya pernah hendak diekstradisi ke Rumania dan kembali mencari nafkah dengan menujual besi buruk.
Namun Julian menolak dan tengah mengupayakan untuk pindah ke england. “Saya ingin mencari kehidupan lebih baik dan sponsor untuk anak-anak saya. Saya juga berharap sukan bina badan untuk kanak-kanak mendapat tanggapan positif,” Julian menjelaskan.
Nampak tak peranan ibubapa dalam membentuk,menggalakan kejayaan anak-anak dalam sesuatu bidang menghasilkan kejayaan yang luar biasa. Sama juga dalam bidang pelajaran dan kemahiran tertentu, jika ibubapa memberi sokongan,Inshaallah berjaya.
0 comments:
Post a Comment