Thursday, August 7, 2014

(3 FOTO) JULIA PEREZ BERPELUK SAKAN DENGAN ANJING UNDANG KEMARAHAN UMAT ISLAM?



Kalau tidak mencetuskan sebarang isu kontroversi bermakna itu bukanlah pemilik nama Julia Perez atau lebih dikenali dengan Jupe. Selebriti tanah seberang ini memang tidak pernah takut atau berselindung dengan apa yang ingin dia lakukan.

Terbaru, pelakon yang terkenal dengan nama panggilan Jupe ini mengundang reaksi negatif daripada peminat dan juga pengikut di laman Instagram miliknya gara-gara gambar bersama anjing. Malah dia dilihat memberikan aksi kurang menyenangkan apabila telah bergomol dengan anjing berkenaan tanpa batasan.



Tindakan Jupe itu dianggap seolah-olah seperti sudah lupa tentang soal halal dan haram di dalam agama. Sudahlah membela anjing sebagai binatang peliharannya adalah haram (kecuali untuk buruan dan menjaga keselamatan).

Lantas foto-foto tersebut yang sememangnya menyakitkan mata yang memandang, telah mengundang kemarahan peminat Muslim yang mengetahui bahawa dia adalah selebriti Muslim dan tindakannya itu seolah-olah seperti menghina agamanya sendiri.

Sekalipun dikritik, Jupe bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya dengan memberikan jawapan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar rasa kemanusiaan dan kasih sayang terhadap binatang, namun hukum-hukum agama telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya.



Antara kapsyen foto di Instagram miliknya itu adalah “Cinta itu adalah tangung jawab .. #xenamybaby #forbiddenactress #doglover #loveanimal” dan “Anjing itu setia.. Manusia aja yg kadang berhianati #doglover #xenamybaby.

“Selain itu dia turut membalas komen daripada peminat yang mempersoalkan tindakannya itu, antara yang dibalas Jupe “@salmayanti19 jangan tiru apa yg tidak bagus disaya… Maaf tapi buat saya tidak ada di bumi ini yg tidak di sayang allah.. Xena anjing penjaga yg baik.. Setia dan pintar.. Saya tidak baik mbak jangan di tiru adegan ini… Ini adegan saya lagi menyayangi binatang nanty saya kasih adegan yg mbak suka.. saya akan berusaha buat kalian semua bahagia. Dengan porsi saya, Julia Perez,”

0 comments:

Post a Comment