Meloyakan namun dilihat sebagai enak bagi Miskaulah yang berasal dari Indonesia dengan hobi peliknya iaitu makan ayam hidup hidup dan minum darah ayam tersebut.
Sukar untuk bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu! Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
0 comments:
Post a Comment