Thursday, August 21, 2014

MACAM - MACAM HAL..!! KETUM KINI DIJUAL DALAM BENTUK JUS DAN PUDING.


Sungai Petani: Kaedah terbaru dikesan dalam kalangan pengedar dan pengusaha ladang ketum apabila mempelbagaikan penggunaan air ketum dalam bentuk jus dan puding berikutan didakwa mendapat permintaan tinggi daripada kaki ketum termasuk pelajar sekolah di negeri ini.

Maklumat berhubung kaedah yang dilakukan pengedar dan pengusaha ladang ketum berkenaan diperoleh oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah sepanjang melakukan siasatan dan pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti aktif dengan kegiatan penyalahgunaan ketum, baru-baru ini.

Pengarahnya Nazeer Mustafa berkata, jus dan puding ketum masih baru dalam kalangan penagih ketum dan ia mudah jual dan dibawa selain sukar dikesan pihak berkuasa berbanding menjualnya dalam bentuk air minuman seperti kebiasaan.

Katanya, kaedah menjadikan air ketum sebagai jus dan puding berjaya dikenal pasti banyak di sekitar daerah Baling termasuk Kuala Ketil selain Sik, namun paling dibimbangi apabila membabitkan golongan pelajar sekolah.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, air ketum berkenaan akan diproses menjadi jus seakan air teh sebelum diisi dalam botol air mineral, manakala puding pula dibuat dalam pelbagai warna dan dijual kepada orang tertentu saja dan ia memang sukar untuk dikesan.

“Berikutan itu, AADK sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan itu dan ia sudah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

“Penagihan air ketum ini amat membimbangkan kerana ianya bukan saja membabitkan golongan dewasa, malah kanak-kanak berusia seawal sembilan tahun juga terjebak dan perkara ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelak penularan lebih buruk,” katanya. Sumber -HARIAN METRO

0 comments:

Post a Comment