Monday, August 11, 2014

Nora Danish Tolak Tawaran Lumayan Demi Solidariti Untuk Palestin, Salute!


Kerana kekejaman Zionis yang menyerang penduduk yang tidak bersalah di Gaza, banyak aktiviti pemboikotan dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia, tidak kira pangkat dan kedudukan.

Terbaru, pelakon Nora Danish dikatakan telah menolak tawaran yang lumayan berupa satu kontrak untuk menjadi jurucakap dengan bayaran ratusan ribu ringgit kerana keprihatinannya terhadap nasib rakyat di Palestin.

Laporan yang dipetik dari RotiKaya itu turut berkata, penolakan itu berlaku kerana produk yang mahukan khidmat Nora Danish itu secara langsung atau tidak langsung mempunyai kaitan dengan dana kewangan Israel.

Ternyata tindakan Nora Danish ini patut mendapat pujian. Rasanya jika ditawarkan wang ratusan ribu ringgit, ramai yang boleh kelabu mata - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment