Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda.
Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Nak tahu siapa mereka ini, jom baca info di bawah..
Lia Aminuddin. Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.
Ahmad Mukti. Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.
Dedi Mulyana. Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.
Ahmad Musaddeq. Juga dikenali dengan nama H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telah bertaubat pada 9 November 2007.
Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah. Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.
Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib. Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.
Mirza Ali Mohammad (abad 19). Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.
Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala. Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.
Muhammad Bakri. Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian mayatnya disalib di atas papan kayu.
Tsurayya Manqus. Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.
Amru bin Luhayyi. Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.
Musailamah al-Kadzdzab. Berusia 150 tahun, mati pada tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.
Zoroaster. Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).
Mazdak. Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.
Al-Aswad al-Ansi. Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.
Al-Mukhtar bin Abi Ubaid. Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.
Mirza Husein Ali. Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.
Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna. Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjarakan oleh pihak berkuasa Mesir.
Daishan. Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran dua tuhan di Parsi dari agama Majusi.
Mirza Ghulam Ahmad. Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera.
Marcion. Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan fahaman Marcionisme.
Mani. Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.
Sutarmin. Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.
Ashriyanti Samuda. Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat tempatan.
[Sumber]
Sunday, August 10, 2014
- In: Info ilmu
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
0 comments:
Post a Comment