Friday, August 1, 2014

Balasan Untuk Bos Tak Berhati Perut


Kita biasa mendengar tentang kisah bos yang garang atau tak pernah bagi muka pada kaki tangan bawahannya.

Namun sikap seorang bos sebuah rangkaian kedai kasut Journey dianggap melampaui batas apabila sering menengking dan menyumpah seranah pekerja.

Kemuncaknya, pekerja tidak dapat menerima tindakannya memarahi seorang pekerja yang sakit dengan menyatakan ‘kanser tak boleh dijadikan alasan’.

Sebagai balasan semua pekerja bersatu untuk mengenakan bos mereka dengan mengambil tindakan berhenti kerja secara beramai-ramai.

Mereka turut meninggalkan untuk bos tersebut yang antaranya memberitahu bahawa sikapnya itu adalah punca kenapa pengurus stor tak pernah bekerja lebih dari setahun di situ.

Paling ‘manis’ bekas pekerjanya sempat menyuruhnya bergembira kerana kehilangan tiga pekerja kuat ketika musim cuti sekolah.

Sumber mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment