Tuesday, December 2, 2014

Sungguh Kejam!!! Gadis Cantik Ditoreh muka Dan Hampir Di Perkosa Oleh Perompak

 Seorang wanita berusia 22 tahun telah ditoreh dan dipukul oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan semalam.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita terbabit, Nur Shafiqa berada di bilik air dan ibunya sedang berehat di dapur rumah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata dua orang lelaki warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang bervisor.

"Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur.

"Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Suspek dilaporkan cuba merogol mangsa dengan menanggalkan seluarnya namun terpaksa membatalkan niatnya kerana rakannya memanggil dari luar bilik.

"Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir.

“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya.



Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Antara barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tagan emas dan iPhone 5s berwarna putih yang dianggar RM 10,000.
Marilah bersama-sama mendoakan agar Nur Shafiqah cepat sembuh



0 comments:

Post a Comment