Thursday, July 31, 2014

SNOOP DOGG DAKWA HISAP GANJA DALAM WHITE HOUSE



Rapper Snoop Dogg mendakwa bahawa dia menghisap ganja di White House semasa lawatan terakhirnya ke tempat itu. Menurut artis tersebut, dia menyalakan dan menghisap ganja di dalam tandas White House.

Dia berbuat demikian ketika dalam satu segmen siaran langsung yang disiarkan secara online.

Dalam segmen tersebut, Snoop Dogg yang ditemuramah oleh hos Jimmy Kimmel, mengatakan dia telah meminta diri untuk menggunakan tandas di 1600 Pennsylvania Avenue, dan kemudian menghisap satu batang ganja seterusnya mengaku, dia adalah orang paling bijak pada saat itu. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment